Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

"selamat menjengah ke blog kami..."

'Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini, kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahsia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti.'
- Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna -

~ كل عام وانتم بخير ~

"MASYARAKAT KITA SEDANG TENAT..!!"

  • Tuesday, December 14, 2010
  • 6 Sekawan
  • gambar hiasan..

    Kalau di kaji kedudukan masyarakat, baik masyarakat islam mahupun bukan islam,keadaannya jelas bahawa seluruh masyarakat masyarakat sedang mengalami kesakitan.namun sakit  yang di maksudkan  di sini bukanlah sakit dari sudut kesihatan fizikal dan tubuh badan,tetapi sakit dari sudut pegangan agama & moral..

    Dalam hubungan ini ,seorang tokoh dakwah ,imam  Hassan al banna,telah memberikan gambaran bahawa kehidupan sehari hari masyarakat islam mesir telah begitu jauh dengan agamanya .. Bayangkan bagaimana masyarakat mesir  yang  dilungkungi oleh ramai ulama’ ,tetapi sedang mengalami keruntuhan akhlak dan social .Bagaimana pula dengan masyarakat kita di Malaysia hari ini?

    Seorang tokoh lain,abu al-a’la al mawdudi menjelaskan bahawa wujudnya di kalangan masyarakat sekarang,wanita-wanita yang mendedahkan auratnya, kebebasan dan persamaan hak yang berdasarkan kebaratan ,penagihan dadah ,arak dan sebagainya menunjukkan bahawa masyarakat sekarang sedang dilanda oleh gejala  keruntuhan akhlak.
    Krisis social dan keruntuhan akhlak yang berlaku dalam masyarakat hari ini adalah suatu perkara yang amat membinbangkan ,masyarakat kini disifatkan  sebagai sakit . Usaha dakwah  yang tidak berkesan dalam masyarakat hari ini bukan sahaja tidak dapat memulihkan fenomena keruntuhan akhlak ini ,bahkan tidak sampai kepada matlamat dakwah yang sebenar. Akhirnya  masyarakat yang sedang sakit,terus bertambah sakit.


    Kajian terhadap  4800 pemuda  Malaysia  berumur 16-21 tahun menunjukkan mereka melakukan seks luar nikah 72 kali setahun secara purata dan ini meletakkan Malaysia dalam senarai 10 negara teratas selepas Britain,amerika syarikat,kanada dan beberapa Negara barat yang lain,sementara itu,agensi dadah kebangsaan menyatakan bahawa 170000 penagih dadah dikesan setiap tahun.keseluruhan penagih dadah Malaysia mencecah 800000 orang.dari januari 1986 hingga November 1997,,23571 dikenalpasti mengidap aids.77% daripada 30000 penghdap aids  sejak 1986 merupakan penagih dadah.bagaimana pula purata pada tahun 2010??adakah berkurang atau meningkat secara mendadak?


    Jelaslah bahawa dakwah yang gagal dilaksnakan sebaik mungkin akan membawa kepada kelonggaran pegangan rohani dan nilai moral dalam masyarakat seterusnya membawa keruntuhan nilai kemanusiaan dalam masyarakat .Tidak dinafikan ada sebab-sebab lain yang membawa kepada fenomena gejala social,seperti pengaruh luar dan ancaman globalisasi,namun dakwah adalah aspek penting yang sepatutnya menjadi alat dan instrument dalam memulihkan keadaan ini.Seandainya tiada perubahan segera dalam melaksanakan usaha dakwah ,maka sudah tentu usaha dakwah  lansung tidak mampu mengubah masyarakat ini menjadi lebih baik .Firman  ALLAH S.W.T.


    Sesunggunya ALLAH tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka yang mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”(surah
    ar-ra’adayat 11)


    Disediakan oleh:

    MUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN HASSAN

    USULUDDIN DAN DAKWAH,

    UNIVERSITI AL-AZAHAR (ZAQAZIQ)
    MESIR.

    2 comments:

    Unknown said...

    salam ziarah=)
    fuih mantop2..
    truskan pjuangan..
    rakyat msia kene bce nih=D

    6 Sekawan said...

    time kasih daun keladi..kamu bile nk study??heheheh..moge najah exam nnt..

    Post a Comment


    I made this widget at MyFlashFetish.com.

    Powered by Blogger.