Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

"selamat menjengah ke blog kami..."

'Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini, kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahsia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti.'
- Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna -

~ كل عام وانتم بخير ~

''ahlan wasahlan BULAN PERAH OTAK"

  • Sunday, December 26, 2010
  • 6 Sekawan
  • Salam sejahtera sahabat sahabiah sekalian..

    sepertimana yang kita sedia maklum,,bulan peperangan kita sudah semakin hampir..khususnya mahasiswa mahasiswi di bumi kinanah ini,,masing2 sibuk menyediakan persiapan2 terakhir berhadapan di medan pertempuran ini..pertempuran yang menentukan adakah kita semakin hampir dengan cita2 kita selama ini..adakah kita sudah merancang strategi dengan hanya berbekalkan senjata (sebatang pen)??jawapan nya ada ditangan anda,,(termasuk admin)

    bukan mudah menggalasi tanggungjawab ini,,kitalah panglima perang itu,dan kita jualah tentera2 itu,,dengan hanya berbekal senjata kecil,dan "BERPELURUKAN" kibjaksanaan,kekuatan mental,,serta semangat dan doa,,pasti!!kita akan bertempur di medan yang maha dasyat ini insya allah..dan tidak lain yang kita harapkan melainkan kejayaan yang cemerlang dan jua bantuan sang pencipta,,.

    ketikamana kita di uji dengan ujian cuaca,,suhu yang sejuk dan sebagainya,,sudah pasti,mehnah ini amat memerlukan pengorbanan yang tinggi,bukan mudah berjuang di rantau orang..kita sedia maklum perkara itu,,namun hanya kesedaran yang terbit,,bagaimana pula dengan tindakan??itulah yang perlu kita persoalkan pada diri kita,,sudah cukupkah kita membina kekuatan mental dan fizikal,,melawan hawa nafsu yang menggila,dan pelbagai ujian yang kadangkala membuatkan kita lemah,,seolah2 seperti pemerhati yang lumpuh,,ya,,boleh juga di ibaratkan,,"SEORANG PEJUANG YANG TURUT SAMA KE MEDAN PETEMPURAN,,MEMBAWA BERSAMA SENJATA,,TAPI SENJATANYA TANPA PELURU"..
    peluru yang bukan sengaja di tinggalkan,,tetapi sengaja di abaikan kerana telah tewas pada sifat "MALAS"!!

    harus juga diingat,,peperiksaan yang dimaksudkan dengan peperangan itu bukanlah penamat segala perjuangan..kita masih punya taklifan yang lebih besar dari ini,,dan ianya sangat2 memerlukan persediaan,pengorbanan,dan keupayaan yang tinggi,,iaitu,,membina semula masyarakat di tanah air kita,,ini lah sebesar-besar taklifan yang di amanahkan untuk kita,,seandainya kita mengaku bahawa kitalah sebaik-baik ummah yang allah ciptakan..sepertimana sabda junjungan mulia RASULULLAH S.A.W("kuntum khairu ummati ukhrijatat linnaas,,ta'muruna bilmakruf.watanhauna anil munkar,,watu'minuna billah)..kalian adalah sebaik2 ummat yang dikeluarkan dari kalangan manusia,,iaitu,yang mengajak kepada kebaikan,,dan mencegah daripada kemungkaran,serta,,kamu semua beriman dengan ALLAH taala..

    inilah antara peperangan terbesar kita selama mana kita masih diberikan kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini,,walaubagaimanapun,,kita haruslah berjaya di peperangan pertama ini,seandainya kita ingin terus melaksanakan sunnah rasulullah tersebut..jika kita sudah tertewas dalam peperangan pertama ini,,sudah tentu peperangan yang lebih besar akan datang susah untuk kita memenanginya,justeru..haruslah kita bermuhasabah kembali dan pantas melakukan perubahan,sekaligus melengkapkan segala persiapan,ikhtiar dan sebagainya sebelum melangkah masuk ke dewan peperangan itu nanti,,anggaplah,soalan yang dilakarkan oleh doktor itu nanti sebagai sahabat,bukan sebagai musuh,,sahabat yang akan kita dialog dengan kata2 yang bernas dan tepat..supaya sahabat itu nanti akan menjadi penjamin kepada kejayaan kita,,insya ALLAH,,

    akhir kalam,,semoga sahabat sahabiah sekalian akan terus thabat dalam merancang strategi untuk menawan puncak kejayaan itu nanti,biarlah sentiasa istiqamah dalam menuntut ilmu,,bukan untuk peperangan ini sahaja,,semoga segala usaha,pengorbanan dan doa kita semua akan mendapat balasan dan natijah yang baik beserta keredhaan dari ALLAH taala insya ALLAH..AMINN..

    ADMIN: 24.12.90

    0 comments:

    Post a Comment


    I made this widget at MyFlashFetish.com.

    Powered by Blogger.