"selamat menjengah ke blog kami..."
'Wahai manusia, setelah kehidupan yang pendek ini, kamu akan menjalani kehidupan yang abadi. Bila kamu memahami rahsia tugasmu dalam kehidupan ini dan mengikhlaskan amal untuk Tuhanmu, ada kenikmatan yang menanti.'
- Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna -
~ كل عام وانتم بخير ~
Lepaskan rantai itu
Seorang penjaga gajah bercerita tentang bagaimana dia boleh membuat gajah tunduk patuh dan tidak takut gajah itu akan melarikan diri. Padahal tali yang dipakaikan ke gajah hanyalah seutas tali biasa.
Ia menceritakan bahawa sejak kecil gajah-gajah diikat kakinya dengan rantai besi yang sangat kuat. Rantai itu pun dikaitkan pada sebuah batang besi yang besar dan kuat tertanam.
Oleh itu, gajah kecil itu hanya mampu berjalan sepanjang rantai itu sahaja. Jika dia ingin melarikan diri, rantai itu akan menahannya.
SAYIDINA ABU BAKAR :
1.Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub karena suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3.Dia berkata kepada para sahabat,”Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!”
SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :
1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
Kelebihan isteri tak cantik
Isteri anda tak berapa nak cantik? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Bahkan, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya cantik. Lihat sajalah selebriti-selebriti wanita di Malaysia yang cantik bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang… apa yang kurang dari selebriti-selebriti tersebut?
Inilah beberapa kelebihan mempunyai Isteri yang tak berapa nak cantik:
LOW COST
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya pakai bedak yang biasa-biasalah.
Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!
pemuda pewaris bangsa dan agama...benarkah??jika benar,siapa pemuda itu??dari mana datangnya??jangan terus menuding jari kepada yang lain,,jawapannya adalah kita..ya...adalah kita...
sedarkah kalian bahawa kitalah yang dimaksudkan tadi?"PEWARIS BANGSA DAN AGAMA",,cukup besar tanggungjawab itu..tapi..sayang sekali,hanya tinggal gelaran sebagai pewaris bangsa& agama,,yang bakal menerajui tampuk pemerintahan akan datang..yang bakal menyambung sunnah dan perjuangan baginda rassulullah..namun,,ianya hanya tinggal gelaran..
ianya akan tinggal gelaran jika,,budaya masyarakat terutamanya pemuda yang semakin hanyut dengan tipu helah dunia,,tidakkah kalian sedar,tanggungjawab yang menanti cukup besar,akan tetapi kita masih lagi menjadi pemerhati..pemerhati kepada kemungkaran yang semakin berleluasa kebelakangan ini.,masih leka memerhati golongn2 muda terus menerus dibaham kerakusan dunia,,gejala sosial yang terlalu buruk untuk digambarkan...cukuplah dengn kita melihat dada2 akhbar setiap hari,,pelbagai jenayah yang melibatkan golongan pemuda,,pemuda yang digelar harapn bangsa dan agama kononnya..
Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.
Jawapan:
Selang beberapa hari lagi, kita akan berjumpa hari 'Asyura' (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha' berkaitan 'Asyura'.
1. Bilakah 'Asyura'?
Pendapat pertama : Ibn Abbas Radhiyallahu 'Anhuma berpendapat 'Asyura' adalah pada 9 Muharram.Pendapat kedua : Jumhur Fuqaha' berpendapat 'Asyura' adalah pada 10 Muharram.
LAKUKANLAH MAKSIAT JIKA KAU MAMPU MEMENUHI SYARAT INI - JIKA ENGKAU INGIN MELAKUKAN MAKSIAT,CARILAH TEMPAT YANG KAMU PASTI,ALLAH TIDAK DAPAT MELIHATNYA.
-
- JIKA ENGKAU INGIN MELAKUKAN MAKSIAT..BUAT LAH DI TEMPAT2 YANG KAU SUKA,,KECUALI DI MUKA BUMI NYA..
Jikalau layan Al-Quran Seperti Handphone
Sebenarnya saya menerima email ini artikel dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke bahasa Melayu lebih kurang.
Sedar tak sedar handphone sudah menjadi budaya org kita malah di seluruh dunia. Bayangkan jika kita buat apa yang kita buat dengan handphone kita buat dengan kitab suci Al-Quran. Walau pun
Al-Quran itu tersangat tinggi darjatnya dan tidak layak langsung dibandingkan dengan handphone.
1. Jikalau kita membawanya ke mana sahaja kita pergi.
2. Kita menyelaknya beberapa kali dalam satu hari.
3. Kita berpatah balik ke rumah, jika kita tertinggal.